BPL GW24 Fantasy Football Tips Dan Review

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 

Salam sihat selalu untuk semua. Harap semua peminat bolasepak EPL bersedia untuk 8 hari seterusnya. Sebabnya semua pasukan EPL akan langsungkan 3 perlawanan untuk jangkamasa 8 hari. Jadi akan ada midweek game untuk minggu ini.
Kali ini saya review untuk GW24 dulu, dan untuk GW25 akan menyusul beberapa hari lagi. Stay tuned untuk tips menarik di blog saya ni!! 

Minggu ini ada 2 perlawanan paling menarik melibatkan 'close-town derby': London Derby - Tottenham vs Arsenal dan Merseyside Derby - Everton - Liverpool. Biasanya perlawanan derby akan lebih menarik sebab akan melibatkan cabaran dan maruah untuk mempertahankan status sebagai pasukan terbaik setempat.

Dengan perlawanan midweek, strategi terbaik adalah untuk jenguk sedikit perlawanan dalam GW25 dan sesuaikan dengan pemain yang anda pilih. Perhatikan pasukan yang ada perlawanan yang mudah untuk 2 GW ini dan sasarkan pasukan yang berpeluang besar untuk menang.

Lagi satu, jangan lupa untuk selalu update berita tentang kecederaan dan pergantungan, terutama selepas GW24 ini. Dengan adanya update terkini, anda boleh menggunakan transfer anda dengan bijak. Saya jangka akan ada beberapa pemain yang bakal dapat kecederaan dan pengurus akan banyak melakukan rotation untuk minggu ini.

Jom kita tengok senarai perlawanan untuk GW24 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):

Sabtu (7 Februari) 
[6] Tottenham (12-4-7) vs [5] Arsenal (12-6-5) 8.45pm
[2] Manchester City (14-6-3) vs [18] Hull City (4-7-12) 11.00pm
[9] Swansea City City (9-6-8) vs [14] Sunderland (4-11-8) 11.00pm
[20] Leicester City (4-5-14) vs [13] Crystal Palace (5-8-10) 11.00pm
[16] Aston Villa (5-7-11) vs [1] Chelsea (16-5-2) 11.00pm
[19] QPR (5-4-14) vs [4] Southampton (13-3-7) 11.00pm
[12] Everton (6-8-9) vs [7] Liverpool (11-5-7) 1.30am
Bundesliga: [16] VfB Stuggart (4-6-9) vs [1] Bayern Munich (14-4-1) 10.30pm
Bundesliga: [15] SC Freiburg (3-9-7) vs [18] B. Dortmund (4-4-11) 10.30pm
La Liga: [3] Atletico Madrid (15-2-4) vs [1] Real Madrid (18-0-3) 11.00pm
Serie A: [1] Juventus (15-5-1) vs [8] AC Milan (7-8-6) 3.45am

Ahad (8 Februari) 
[17] Burnley (4-8-11) vs [15] West Brom (5-7-11) 8.00pm
[11] Newcastle (8-6-9) vs [10] Stoke City (9-5-9) 10.05pm
[8] West Ham (10-6-7) vs [3] Manchester United (12-7-4) 12.15am 
Serie A: [3] Napoli (11-6-4) vs [12] Udinese (7-7-7) 10.00pm
La Liga: [11] Athletic Bilbao (6-5-10) vs [2] Barcelona (16-2-3) 4.00am  


Tips untuk GW24

Pemain On Form ketika ini:
David Silva, Man City (5 gol dalam 7 perlawanan terakhir)
Cristian Eriksen, Tottenham (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)  
Radamel Falcao, Man Utd (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)  
Yoan Guffran, Newcastle (2 gol dalam 2 perlawanan terakhir)  
Jonathan Walters, Stoke (Jaringkan hattrik dalam perlawanan terahkir)
Phillipe Coutinho, Liverpool (2 assist dalam 2 perlawanan terahir)
Santi Cazorla, Arsenal (2 gol dan 3 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
David Ospina, Arsenal (3 cleansheet dalam 3 perlawanan terakhir)
Harry Kane, Tottenham (2 gol dalam perlawanan terakhir, menjadikan jumlah 8 gol dalam 8 perlawanan terakhir)

Awas, untuk perhatian: 

Alexis Sanchez, Arsenal (Disahkan masih cedera oleh pengurusnya untuk GW24, dengan GW25 masih samar-samar peluangnya untuk pulih)

Cesc Fabregas, Chelsea (Dilaporkan masih belum pulih dari kecederaan hamstring ketika menentang Liverpool di GW22, dijangka tidak akan diturunkan dalam GW24 dan GW25)

Wayne Rooney, Man United (kapten Man Utd ini tidak menjaringkan gol dalam 5 perlawanan terakhir, dengan hanya dua percubaan sahaja dilakukannya dalam 3 perlawanan terakhir)

Angel di Maria, Man United (Walaupun cemerlang dalam perlawanan replay FA Cup, Di Maria dalam EPL tidak menjaringkan gol sejak Oct. 5)

Graziano Pelle, Southampton (Berada dalam kemarau gol dan assist dalam 6 perlawanan terakhir)

Diego Costa, Chelsea (Digantung 3 perlawanan sehari sebelum GW23 berlangsung, mengejut dan mengecewakan ramai pengurus fantasy. Bakal digantung untuk GW24 dan GW25 juga)


Pasukan pilihan untuk GW24 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Joe Hart (Ben Foster) 
Pertahanan: Branislav Ivanovic, Pablo Zabaleta, Jose Fonte (Scott Dann) 
Midfield: Harry Kane, Phillipe Coutinho, Santi Cazorla, Eden Hazard (Dusan Tadic) 
Penyerang: Loic Remy, Daniel Sturrigde, Sergio Aguero (Falcao)
Kapten disyorkan: Eden Hazard, Cristian Eriksen, Harry Kane, , Santi Cazorla, Sergio Aguero. 

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!! 


P/S: Bonus transfer code untuk GW23 adalah D4N1ALVES dan Euro code 5P4RKER5.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com