BPL Fantasy Football Review: GW21

Leave a Comment

*Review ini adalah berdasarkan kepada permainan di AIA Stadium Astro BPL Fantasy 2014/15.

Hola bola! 

Dah masuk 10 hari bulan Januari tahun 2015, macam mana perjalanan tahun baru anda setakat ini?

Setakat ini bagi saya, ada banyak cabaran terutama sekali bila nak jayakan 3 azam besar saya untuk 2015, harap-harap dapat pertolongan tuhan agar berjalan lancar selepas ini.

Tengok bola ni pun adalah salah satu cara untuk saya berhibur, dan melepas tekanan kerja dan sebagainya. Tapi saya tak nafikan, bila team kita sokong tu kalah, 'down' juga motivasi keesokkan harinya. Kalau menang pula, mood berbunga-bunga saja rasanya. Saya sure anda juga hadapi situasi macam ni, kan.

Perjalanan liga EPL berterusan minggu ini, dengan GW21, memang tak ada rehat walaupun kebanyakan liga lain di Eropah berehat sekejap bila musim sejuk. Jadi pasukan yang paling 'fit' persediaan pemainnya akan terus dapat keputusan yang baik. 

Selain EPL, Serie A dan La Liga juga ada game untuk weekend ini (Bundesliga mula balik pada Jan 31). Jadi adalah masa yang baik untuk anda untuk guna Euro Code anda jika teringin nak juga pemain luar EPL. Sila perhati jadual perlawanan dan congak strategi terbaik anda.

Berikut adalah senarai perlawanan untuk GW21 (termasuk info kedudukan, rekod semasa pasukan dan masa perlawanan):

Sabtu (10 Januari) 
[14] Sunderland (3-11-6) vs [8] Liverpool (8-5-7) 8.45pm
[19] Burnley (3-8-9) vs [16] QPR (5-4-11) 11.00pm
[1] Chelsea (14-4-2) vs [10] Newcastle (7-6-7) 11.00pm
[13] Everton (5-6-9) vs [2] Manchester City (14-4-2) 11.00pm
[20] Leicester (3-5-12) vs [12] Aston Villa (5-7-8) 11.00pm
[9] Swansea City (8-5-7) vs [7] West Ham (9-5-6) 11.00pm
[17] West Brom (4-6-10) vs [15] Hull City (4-7-9) 11.00pm
[18] Crystal Palace (3-8-9) vs [5] Tottenham (10-4-6) 1.30pm
La Liga: [1] Real Madrid (2-4-8) vs [1] Espanyol (12-0-2) 11.00pm

Ahad (11 Januari) 
[6] Arsenal (9-6-5) vs [11] Stoke City (7-5-8) 9.30pm
[3] Manchester United (10-7-3) vs [4] Southampton (11-3-6) 12am 
Serie A: [4] Napoli (8-6-3) vs [1] Juventus (12-4-1) 3.45am
La Liga: [2] Barcelona (12-2-3) vs [3] Atletico Madrid (12-2-3) 4am 


Tips untuk GW21

Pemain On Form ketika ini:
Eden Hazard, Chelsea (3 gol dan 3 assist dalam 5 perlawanan terakhir)

Cesc Fabregas, Chelsea (1 gol dan 4 assist dalam 5 perlawanan terakhir) 
Diego Costa, Chelsea (3 gol dan 1 assist dalam 5 perlawanan terakhir)  
John Terry, Chelsea (3 gol dalam 4 perlawanan terakhir)  
Yaya Toure, Man City (3 gol dalam 3 perlawanan terahkir)
Adam Johnson, Sunderland (3 gol dalam 3 perlawanan terahir)
Radamel Falcao, Man. United (2 gol dan 1 assist dalam 4 perlawanan terahkir)
Dusan Tadic, Southampton (1 gol dan 1 assist dalam 2 perlawanan terakhir)
Nikica Jelavic, Hull (2 gol dalam 3 perlawanan terakhir)
Sadia Mane, Southampton (3 gol dan 1 assist dalam 3 perlawanan terakhir) 
Danny Ings, Burnley (1 gol and 1 assist dalam perlawanan terakhir) 

Harry Kane, Tottenham (2 gol dan 1 assist dalam perlawanan terakhir)

Awas, untuk perhatian:
Pasukan Everton (4 kekalahan berturut-turut dalam liga, 14 gol dilepaskan dalam 8 perlawanan terakhir, Romelu Lukaku tidak menjaringkan gol liga sejak Dec 3.)


Wojciech Szczesny, Arsenal (seperti juga Simon Mignolet, kini berada dalam form yang kurang baik, melepas 2 gol hasil kesilapan sendiri dalam perlawanan terakhir)

African Nation Cup [ANC] - (beberapa pemain akan dilepaskan oleh pasukan masing-masing untuk mewakili negara mereka dalam pertandingan ini, seperti Yaya Toure, Wilfred Bony, Diafra Sakho, Papiss Cisse dan Kolo Toure. Jadi berhati-hati dengan status pemain takut-takut mereka ke ANC)


Pasukan pilihan untuk GW21 (formasi 1-3-4-3) [[Pemain BPL sahaja]]:
Penjaga Gol: Ben Foster (Hugo Lloris) 
Pertahanan: Aaron Cresswell, John Terry, Steven Caulker (Jores Okore) 
Midfield: David Silva, Raheem Sterling, Harry Kane, Eden Hazard (Santi Cazorla) 
Penyerang: Alexis Sanchez, Charlie Austin, Diego Costa (Falcao)
Kapten disyorkan: Charlie Austin, Diego Costa, Eden Hazard, David Silva, Harry Kane, Saido Berahino, Falcao. 

GUDLUCK DAN SELAMAT BERJAYA!!! 


P/S: Bonus transfer code untuk GW21 adalah 1ESTEB4NGR4NER01 dan Euro code S0LD4AD023.
  
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

|| INILAH AKU ||

My photo
a.k.a Haizal Hashim Hubby to Yasmin, daddy to a pair of lovely kids – Haaziq & Aleeya. A person who love his family so much, doing everything he can to provide the best for his wife and kids. Still working in private sector in IT department and a part time blogger. Aspire to become successful full time entrepreneur one day, if not near future. Target in life is to be debt-free, having 5 figure income and retire early!! INSYA_ALLAH!! Love and regards, Haizal haizalhashim@gmail.com