Thursday, March 14, 2013

Blog update & halatuju baru



As-salam,



Saya kembali untuk meng-update blog, sekali lagi (setelah lama menghilang)… :)



Pertama sekali, sekadar berkongsi kegembiraan saya, waktu ini saya tengah menantikan kehadiran ‘orang baru’ dalam famili saya. Insya-allah, dalam 7 minggu lagi anak kedua saya bakal lahir ke dunia ini. Doa-kan keselamatan untuk isteri dan baby saya ya.



Itu adalah debar penantian untuk 2 bulan akan datang, selain juga sibuk dalam kehidupan seharian dan bekerja untuk mencari rezeki. Nak buat post baru pun sedikit tergendala dek macam-macam hal (alasan biasa bila mood blogging kurang..).



Rasanya mencabar juga nak mengimbangi tugasan dalam hidup berkeluarga ini, bila malam penat badan jangan cakaplah. Namun begitu, saya tetap gembira dan bersyukur dengan hidup saya. Mungkin perubahan perlu dalam segi penjagaan kesihatan saya sendiri selain lebih cekap dalam mengurus masa. Itu supaya hidup lebih sempurna dan semua perkara dapat dilakukan dengan lancar.



Oleh kerana itulah, saya dah tetapkan hala tuju baru untuk blog ini. Mulai sekarang blog ini akan memberi tumpuan dalam niche “info kesihatan”. Selain itu, post dalam blog ini juga akan berkait dengan niche “self-improvement” dan “bisnes”.

Harap-harap kita sama-sama dapat manfaat dari info dalam blog saya ini.



OK-lah, setakat ini update untuk kali ini.

Sedikit kata-kata untuk motivasi bersama.CHEERS!!!


No comments:

Post a Comment