Tuesday, October 22, 2013

Kisah Bajet 2014

  

Untuk yang belum tahu lagi, pada 25hb Oktober ini, bajet untuk tahun 2014 akan dibentangkan oleh PM kita. Bajet kali ini abang long rasa yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia.

Sebab apa bajet kali ini dapat lebih banyak tumpuan?

Sebab utamanya adalah kerana keadaan ekonomi sekarang ini yang lebih sempit. Di tambah pula selepas kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen baru-baru ini.

Angan-angan abang long adalah untuk memiliki sebuah rumah sendiri, harap-harapnya ada insentif yang baik diumumkan kali ini yang boleh diambil peluang.

Namun apa yang paling orang ramai nak sekarang ini adalah kerajaan membantu untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, tak kiralah dengan apa cara sekalipun.

Kalau anda ada apa-apa cadangan (walaupun dah tinggal beberapa hari saja lagi) bolehlah kemukakan kat laman web ini. Ini adalah laman web rasmi yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat mengemukakan sebarang cadangan untuk bajet 2014.Tak ada cadangan pun tak apa, boleh baca cadangan orang lain, menarik-menarik juga.

Semoga pihak kerajaan mendengar suara rakyat ini. AMIN.