Monday, October 7, 2013

Cerita awal October 2013



Tuan blog punya cerita…

Sebulan sudah tak ada apa-apa post, memang sikit malas rasanya. Tak bagus betul bila “penyakit” ni datang menyerang, dah jadi typical melayu.

Apapun, banyak perkara berlaku sepanjang September yang lepas. Alhamdulillah, Haaziq masuk umurnya 3 tahun 29hb yang lepas. Aleeya pun semakin membesar dan comel, walaupun ada sedikit masalah kesihatan sampai kena admit ke hospital. Kereta punya masalah satu hal, sampaikan bajet bulanan pun jadi sempit.

Walaupun cabarannya banyak dalam hidup ini, tapi kenalah hadapi dengan sabar. Jangan putus harapan kerana bila harapan dah putus, kita cepat mengalah. Boleh jadi huru-hara hidup jawabnya. 

Satu lagi tak lupa, abang long nak ucapkan tahniah pada adik yang semakin rancak dan berjaya dengan bisnes otak-otaknya. Semoga lebih maju lagi bisnesnya dan dipermudahkan segala perancangan.